Powered By Blogger

Monday, August 15, 2011

Raya

     Dengar lagu raya. asyik dengar lagu-lagu raya terkeluar pulak lagu nih....


Baru la sedar Ramadhan tak habis lagi. Ramadhan bulan beribadah, tak kira sebarang jenis ibadah kita buat sama ada berzikir, mengaji,solat semua pahalnya digandakan. Tapi beribadah tanpa tau maknanya tak lengkap juga. nak khusuk dalam solat sekurang-kurangnya tau makna.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..........Amin-amin...

Tuesday, August 9, 2011

HARI INI

      ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Hari ini genap 10 Ramadhan. ALHAMDULILLAH masih lagi mampu bernafas di bumi ALLAH ini, ALHAMDULILLAH masih mampu melihat keindahan di bumi ALLAH ini, ALHAMDULILLAH masih bertenaga dan Malaysia masih aman. Tidak berlaku keganasan seperti negara luar cam video kat bawah ni. ALHAMDULILLAH


tapi ALHAMDULILLAH ALLAH beri kesempatan lagi kepada mangsa dalam video tu selamat hidup di bumi ALLAH ini. Moga ALLAH terus beri keselamatan terhadapnya. Sekurang-kurangnya dia masih mampu beribadah di bumi ALLAH ini. Seperti Malaikat Izrail yang diceritakan dalam kisah Nabi Idris AS.

             Malaikat Izrael Malaikat pencabut nyawa sangat mengagumi kepandaian Nabi Idris AS dan ingin mengenali Baginda dengan lebih rapat dan dengan izin ALLAH Izrail menyamar sebagai manusia dan bertamu ke rumah Baginda dengan menyatakan hasratnya ingin mengenali Baginda sebagai utusan ALLAH. Di rumah Baginda dan Malaikat sentiasa beribadah, mereka tidak banyak berbicara melainkan hanya beribdah. Tiba waktu makan Baginda mempersilakan tamunya malaikat Izrail makan namun ditolak kerana ingin terus beribadah kepada ALLAH S.W.T. Setelah selasai makan Baginda meneruskan Ibadahnya . Tiba pula waktu tidur Baginda menunjukkan tempat tidur malaikat izrail, namun Izrail menyatakan yang dia masih mahu beribadah dan mempersilakan Baginda tidur.
          
           Keesokkannya kejadian sama berulang dan baginda merasa hairan, kerana tamunya tidak mahu makan dan tidur. dan dengan berhati-hati menanyakan hal itu pada tamunya. Baginda terperanjat apabila izrail menceritakan tenteng dirinya. Dengan itu Baginda tahu akan kehidupan malaikat dan malaikat gemar mendampingi orang-orang yang beriman. Bila manusia bersolat,berdoa ramai malaikat akan mengerumuninya.

            Lalu Baginda menyatakan hasratnya ingin merasa bagaimana rasanya nyawa manusia dicabut. Malaikat berkata bahawa permintaan Baginda itu pelik sedangkan manusia takut akan nyawanya dicabut. Baginda menyatakan bahawa pengalamannya itu akan dijadikan bekal untuk berdakwah. Dengan izin ALLAH Izrail melakukan yang diminta oleh Baginda. DIcabut nyawa Baginda dan kembalikan lagi. Baginda menyatakan bahawa tidak merasa apa-apa semasa bangkit dari kemataiannya, lalu Izrail berkata dia melakukannya dengan lembut seperti yang dilakukan terhadap orang-orang beriman.

           Lalu ditanya oleh Baginda "bagaimana dengan orang-orang yang tak beriman?". Dijawab oleh Izrail merekan akan merasakan kesakitan yang luar biasa dan sakit itu akan dirasakan sampai hari kiamat. Baginda tidak dapat membayangkan akan kesakitan itu. Sakit sehari tidak mampu ditahan apatah lagi beratus tahun lamanya menunggu kiamat tiba. Bagi yang beriman akan menikmati kebahagian atas hasil amal soleh mereka didunia setelah mati.

       Bulan Ramadhan bulan beribadah.

Monday, August 8, 2011

DUGAAN HARI INI

assalammualaikum w.b.t. salam ramadhan.
hari ini mengantuk sangat.sampaikan tak bangun sahur, nak kata tak ada yang kejutkan adik yang bongsu tu dah kejut tapi mengantuk sangat tidur balik.Padan muka siapa suruh tak ikut sunnah nabi S.A.W. sekarang dah dahaga sangat nih. Tapi ALHAMDULILLAH ALLAH bagi hari yang tak panas sangat. boleh la tahan dahaga ni.

               huhu tengok gambar air nih buat tak tahan pulak. makin nak minum air rase.

sabar ini hanya dugaan dunia. ALLAH maha pemurah moga dengan sabar ujian ini boleh dapat peluang seperti Nabi Idris AS, dapat minum air dari syurga semasa baginda minta malaikat Izrail bawa baginda melihat syurga dan neraka. Semasa Baginda melihat neraka Baginda PENGSAN KERANA TAKUT AKAN MALAIKAT YANG MENJAGA NERAKA ITU MENYIKSA MANUSIA YANG DERHAKA TERHADAP ALLAH S.W.T.
                 Seterusnya Baginda dibawa ke syurga malaikat ridwan yang menjaga syurga itu mukanya berseri-seri. sikapnya sopan dengan lemah lembut mempersilakan baginda masuk kesyurga. Baginda hampir pensang  kerana terpesona dengan keindahan yang terdapat dalam syurga. SUBHANALLAH, SUBHANALLAH, SUBHANALLAH. ucapan yang terkeluar dari mulut baginda mengambarkan keindahan syurga. Dalam syurga terdapat sungai-sungai yang bening lagi berkaca, dipinggir sungai terdapat pohon-pohon yang berbatangkan emas dan perak. Terdapat istana-istana indah disetiap penjurunya terdapat pohon buah-buahan yang segar harum dan ranum untuk penghuni syurga. Baginda diiringi para pelayan syurga iaitu bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang tampan dan bertingkahlaku sopan.
                Baginda minta untuk minum air sungai syurga "Bolehkan saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali". lalu Izrail berkata "silalah minum,inilah minuman untuk penghuni syurga". pelayan syurga datang membawa air yang diisikan dalam gelas yang berbentuk piala yang diperbuat dari emas dan perak. Baginda beryukur dapat minum air yang segar dan luar biasa enaknya. Baginda mengucap syukur ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH. Baginda berat meninggalkan syurga dan meminta ingin beribdah dalam syurga hingga kiamat. Namun izrail berkata Baginda boleh tinggal di syurga setelah kiamat dan segala amal ibadah dihisap oleh ALLAH S.W.T.
                Namun ALLAH MAHA pengasih dikurniakan Baginda tempat yang mulia dilangit dan Baginda satu-satunya yang merasa syurga tanpa mati dan ketika itu baginda berusia 82 tahun.

“Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).

          jadi sabar la dengan segala ujian dibulan Ramadhan ini moga dikurniakan rahmat oleh ALLAH S.W.T. ....amin2...

 

Thursday, March 10, 2011

assalamualaikum...

salam blog baru...
nama pun baru jadi baru la..tak da pape nak tulis lagi...