assalammualaikum w.b.t. salam ramadhan.
hari ini mengantuk sangat.sampaikan tak bangun sahur, nak kata tak ada yang kejutkan adik yang bongsu tu dah kejut tapi mengantuk sangat tidur balik.Padan muka siapa suruh tak ikut sunnah nabi S.A.W. sekarang dah dahaga sangat nih. Tapi ALHAMDULILLAH ALLAH bagi hari yang tak panas sangat. boleh la tahan dahaga ni.
huhu tengok gambar air nih buat tak tahan pulak. makin nak minum air rase.
sabar ini hanya dugaan dunia. ALLAH maha pemurah moga dengan sabar ujian ini boleh dapat peluang seperti Nabi Idris AS, dapat minum air dari syurga semasa baginda minta malaikat Izrail bawa baginda melihat syurga dan neraka. Semasa Baginda melihat neraka Baginda PENGSAN KERANA TAKUT AKAN MALAIKAT YANG MENJAGA NERAKA ITU MENYIKSA MANUSIA YANG DERHAKA TERHADAP ALLAH S.W.T.
Seterusnya Baginda dibawa ke syurga malaikat ridwan yang menjaga syurga itu mukanya berseri-seri. sikapnya sopan dengan lemah lembut mempersilakan baginda masuk kesyurga. Baginda hampir pensang kerana terpesona dengan keindahan yang terdapat dalam syurga. SUBHANALLAH, SUBHANALLAH, SUBHANALLAH. ucapan yang terkeluar dari mulut baginda mengambarkan keindahan syurga. Dalam syurga terdapat sungai-sungai yang bening lagi berkaca, dipinggir sungai terdapat pohon-pohon yang berbatangkan emas dan perak. Terdapat istana-istana indah disetiap penjurunya terdapat pohon buah-buahan yang segar harum dan ranum untuk penghuni syurga. Baginda diiringi para pelayan syurga iaitu bidadari yang cantik jelita dan anak-anak muda yang tampan dan bertingkahlaku sopan.
Baginda minta untuk minum air sungai syurga "Bolehkan saya meminumnya? Airnya kelihatan sejuk dan segar sekali". lalu Izrail berkata "silalah minum,inilah minuman untuk penghuni syurga". pelayan syurga datang membawa air yang diisikan dalam gelas yang berbentuk piala yang diperbuat dari emas dan perak. Baginda beryukur dapat minum air yang segar dan luar biasa enaknya. Baginda mengucap syukur ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH. Baginda berat meninggalkan syurga dan meminta ingin beribdah dalam syurga hingga kiamat. Namun izrail berkata Baginda boleh tinggal di syurga setelah kiamat dan segala amal ibadah dihisap oleh ALLAH S.W.T.
Namun ALLAH MAHA pengasih dikurniakan Baginda tempat yang mulia dilangit dan Baginda satu-satunya yang merasa syurga tanpa mati dan ketika itu baginda berusia 82 tahun.
“Dan ceritakanlah Idris di dalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah orang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi, dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (QS Al-Anbiya:85-86).
jadi sabar la dengan segala ujian dibulan Ramadhan ini moga dikurniakan rahmat oleh ALLAH S.W.T. ....amin2...
Dugaan bulan pose tuh udin... sabar2...
ReplyDelete